6 Februari 2014 - 20:30
Netanyahu Syiah!

Hasan Al-Maliki dalam status anehnya berkata, "Demi membebaskan Palestin hendaklah Netanyahu dikatakan Syiah".

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang ulama Wahhabi terkemuka dalam laman web sosial Twitter berkata, "Sekiranya kamu ingin berjuang membebaskan Palestin, hendaklah kamu katakan kepada mereka bahawa Israel adalah Syiah Rafidhah".Hasan Farhan Maliki dalam status anehnya itu menambah, "Katakanlah, Netanyahu adalah juga adalah Syiah dan belajar kitab Ushul al-Kafi".Syeikh Wahhabi ini dikatakan sudah berkali-kali menyatakan kebenciannya terhadap mazhab Syiah. Sebelum ini Farhan pernah memuji tindakan pengganas Syria membongkar makam sahabat Nabi (s.a.w) Hujur bin Adi dan memindahkan jenazahnya.

....................